Model Addie

 

1.0 Fasa Analisis(Analysis)

Pada fasa analisis, bahan multimedia yang diwujudkan mengenai Kata Ganti Nama Diri  untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid iaitu tidak memahami 3 jenis Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua, dan Ketiga mengikut konteks. Hal ini kerana, ada kajian menyatakan kesalahan murid dalam topik kata ganti nama diri ialah penggunaan kata ganti nama diri yang betul pada tempat dan ayat yang sesuai. Bahan ini dibentukan kerana untuk mengatasi kesilapan pelajar dalam penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat yang sesuai. Pengguna sasaran ialah sesuai bagi semua tahap murid di sekolah rendah. Bahan multimedia ini bertajuk “Kata Ganti Nama Diri” sesuai bagi semua taraf, namun bahan multimedia ini dihasilkan berpusatkan murid tahun 3. Standard pembelajaran ini juga sesuai berasaskan dokumen standard kandungan penilaian (DSKP) KSSR bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 3. Perisian Blogger digunakan untuk menyampaikan bahan multimedia ini kepada pelajar dan guru juga mempersediakan nota dan latihan mengenai kata ganti nama diri dalam perisian tersebut. Bagi  menyediakan  projek tersebut, masa yang diambil kira-kira sebulan bagi menghasilkan perancangan dan mengumpul bahan yang diperlukan dalam merancang projek ini. Dengan penyediaan koswer ini guru dapat memaanfaatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid.

 1.1 Fasa Reka bentuk (Design)

Projek yang dibentuk perlu mempunyai elemen-elemen seperti video, audio dan imej-imej bagi menarik perhatian murid dan menyebabkan murid tertarik kepada kandungan yang terdapat dalam perisian tersebut. Perisian yang paling sesuai dalam projek ini ialah blogger. Perisian Blogger merupakan aplikasi yang mempunyai bahan kreativiti seperti corak, video dan lain-lain. Objektif  di akhir  pembelajaran ialah murid dapat melengkapkan latihan isi tempat kosong mengenai kata nama ganti diri dengan betul. Selain itu, objektif pengajaran ialah murid  dapat mengenalpasti penggunaan kata ganti nama diri dengan betul. Dari aspek susun atur projek, definisi umum mengenai kata ganti nama diri diletakkan dalam satu – satu halaman. Pada mulanya, murid akan diberikan soalan tanpa sebarang maklumat berkaitan iaitu ujian pra. Keadaan ini menyebabkan murid untuk menjawab soalan dengan pengetahuan yang sedia ada. Kemudian, murid akan diberikan segala maklumat berkaitan kata ganti nama diri dan seterusnya terdapat latihan pengukuhan dan ujian pasca pada akhirnya.

1.2  Fasa Pembangunan (Development)

Fasa pembangunan pula, koswer ini diwujudkan dengan menggunakan aplikasi atau komponen-komponen yang sesuai. Projek ini juga dihasilkan berasaskan fasa analisis dan reka bentuk projek. Tujuan fasa ini adalah untuk membentuk  rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Projek yang dibentuk ini merangkumi jadual, audio dan video untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat berlaku setelah disusun dan diuji beberapa kali. Pada permulaan projek ini diletakkan set induksi bagi memastikan murid mengenal kata ganti nama diri daripada video serta dapat mengelaskan kata ganti nama diri tersebut. Projek multimedia ini dibangunkan berdasarkan aspek-aspek yang dikehendaki dan perlu digunakan. Setiap pembangunan blog ini diuji agar tidak mempunyai masalah teknikal pada masa akan datang iaitu penggunaan oleh pelajar.

1.3  Fasa Pelaksanaan (Implementation)

Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan dan dilaksanakan dalam situasi sebenar. Projek multimedia yang telah diselesaikan akan diuji kepada pengguna sebenar untuk mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Bahan pengajaran ini telah dijalankan dan dipapar  kepada rakan-rakan guru. Namun, terdapat beberapa kesilapan dan ketidaksesuaian yang terdapat dalam bahan pengajaran tersebut.  Saya telah melakukan penambahbaikan dalam projek ini sebelum diberikan kepada pengguna sasaran yang sebenar iaitu murid tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pelaksanaan dilakukan dengan instrumen alfa yang diuji oleh diri sendiri.  Beberapa kelemahan yang  didapati dan dikenal pasti melalui instrumen alfa antaranya warna yang tidak kontra dengan latar belakang,  penggunaan font serta saiz  tidak sama pada setiap halaman. Di samping itu, instrumen beta pula dijalankan oleh 2 orang rakan guru setelah dilaksanakan beberapa penambahbaikan, instrumen beta pertama mencatat kekurangan yang sama iaitu warna tulisan masih tidak kontra dengan latar belakang, tetapi keterangan yang terlalu banyak telah dikurangkan dengan meningkatkan lapisan kedua pada setiap halaman. Instrumen beta kedua pula mencatat kelebihan ialah kit pembelajaran yang dibuat melengkapi kriteria Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) dan kekurangan sudah tidak jelas setelah dibetulkan.

1.4  Fasa Penilaian (Evaluation)

Fasa terakhir merupakan fasa penilaian bagi memastikan projek yang disediakan tersebut efektif pada pengguna sasaran. Penilaian terdiri daripada dua bentuk iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian Pra mengandungi 10 soalan yang berkaitan topik yang diajar dan diberi pada awal pembelajaran. Ujian Pra ini untuk memastikan masalah pelajar pada fasa pertama iaitu analisis. Tambahan pula, rekabentuk yang dihasilkan harus memenuhi keperluan pengguna sasaran iaitu murid tahun 3. Ujian Pasca pula mengaitkan rekabentuk pengujian yang khas sahaja yang menggunakan maklumbalas pengguna sasaran iaitu murid tahun 3. Pada peringkat pelaksanaan kepada rakan sekelas, murid menjawab 10 soalan yang sama diberikan di ujian pra tetapi dengan penggubahan tempat soalan. Dengan ini, dapat memastikan bahawa pelajar tersebut terdapat peningkatan atau tidak dengan penggunaan koswer ini. Bukan itu sahaja, terdapat video dengan animasi yang menarik dan minat murid serta terdapat audio yang sesuai pada halaman penerangan mengenai kata ganti nama diri.

No comments:

Post a Comment