EDUP 3053 TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KATA GANTI NAMA DIRI
Definisi Umum:-
Mengikut Tatabahasa Dewan (2006), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu. Kata Ganti Nama Diri terdapat tiga jenis iaitu:
a)Kata Ganti Nama Diri Pertama
b)Kata Ganti Nama Diri Kedua
c)Kata Ganti Nama Diri Ketiga